Make your own free website on Tripod.com

 

 

PRINSIP SAINS DALAM PENDIDIKAN ISLAM

 

 

             

 

                               

  

 

 

 

 

                                

 

UNIT 2

 

2.0 PRINSIP MENGENAL ALAM

 

  2.1 KONSEP PENTING

 

    Tujuan mengenal alam dengan menggunakan pendekatan prinsip sains ialah  sebagai satu proses membentuk pengalaman dan mengubah tingkahlaku individu dan masyarakat 

            Fokus kepada konsep alam benda dan hubungannya dengan diri kita.  Alam sejagat adalah terlalu luas  dan terlalu banyak sehingga tidak dapat dijangkakan oleh pengetauan manusia dan tidak mungkin habis dicatat.   

          Maksud firman Allah dalam surah al-Kahfi 18 : 109

               "katakanlah bahawa jika lautan dijadikan tinta untuk menulis segala kalimat (yang menerangkan benda ciptaan ) Tuhan, nescaya lautan itu akan kekeringan sebelum kalimat-kalimat tersebut habis dicatat, meskipun kami (Allah) menambahnya sebanyak itu pula "

 

            

   Langit dan alam merupakan ciptaan yang sangat luas dan tidak bertepi.  Setakat ini ahli-ahli sains kaji bintang baru menemui 9 planet yang mengelilingi matahari iaitu Utarid / kejora, bumi, marikh, mustyari, zuhal, uranus, neptune dan pluto.

 

    Manusia sebagai insan perlu melihat dari pelbagai aspek terhadap ayat-ayat al-Quran. Contohnya sistem ekologi, alam, tumbuh-tumbuhan, haiwan, proses pendebungaan dan proses sejatan atau kitaran air.

 

 

 
 

 

Planet

 Jarak dari matahari Jarak perjalanan mengelilingi matahari
Utarid 50 juta km 80 hari bagi satu pusingan
Zuhrah /Kejora 108juta km 225 hari bagi satu pusingan
Bumi 140 juta km 365 hari bagi satu pusingan
Marikh 230  juta km 678 hari bagi satu pusingan
Musytari  770 juta km 4015 hari bagi satu pusingan
Zuhal 1428 juta km 10 767.5 hari bagi satu pusingan
Uranus 2870 juta km 30 6605 hari bagi satu pusingan
Neptune 4495 juta km 60 275 hari bagi satu pusingan
Pluto 7295 juta km belum diketahui

 Kedudukan planet-planet yang mengelilingi bumi

 

      BAGAIMANA DENGAN SISTEM EKOLOGI  ? Sila klik.                                                                                                              

     LATIHAN DAN REKREASI MINDA

 

                                                                                                                                                                

Hakcipta 2003 Lailizah Darman