Make your own free website on Tripod.com

 

HUJAN

 

          Air terdiri daripada dua jenis atom. Satu molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Oleh itu ahli-ahli sains telah menentukan rumus kimianya sebagai H2O. Air adalah sangat penting. Semua benda hidup tidak dapat hidup tanpa air. Allah berfirman yang bermaksud :

Allah menciptakan angin dan mengatur pergerakannya sehingga dapat membentuk awan lalu terkumpul di langit dalam berbagai-bagai bentuk. Kemudian awan itu berubah pula menjadi awan mega dan akhirnya menitiskan pula titisan hujan dari celah-celahnya. Apabila Dia mencurahkan hujan ke atas mana-mana kawasan yang dikehendakinya, makhluk di situ pasti gembira.

                                                                 (Surah al-Rum : 48) 

               Tujuan firman Allah  ialah supaya kita mengkaji sistem sejatan itu sendiri. Betapa kompleksnya sistem tersebut. Air apabila bertukar menjadi wap, menjadi sangat ringan. Oleh itu wap itu sentiasa naik ke udara sehingga ke tahap yang tinggi. Sudah menjadi fitrah alam wap air akan terkumpul di tempat yang sejuk.Wap air yang terkumpul itu akan  menyejat  dan terkumpul di sana. Apabila wap air yang terkumpul itu tidak mampu bertahan lama di dalam udara sejuk akibatnya ia akan meluap atau bertukar menjadi titisan air yang halus. Titisan air yang halus itu akan akhirnya berkumpul dalam sekelompok awan yang mengandungi titisan air itu dipaksa oleh arus udara naik ke paras yang lebih tinggi dan lebih sejuk, titisan air menjadi semakin membesar dan berat. Akhirnya udara yang sejuk itu tidak berdaya lagi menampungnya, lalu titisan itu menitik semula ke bumi sebagai hujan.

 

             Allah juga menegaskan bahawa dunia menerima hujan dalam bentuk yang berbeza. Dia menjadikan keadaan sistem semulajadi kitaran air yang tetap. Hujan adalah punca air bersih yang sangat diperlukan semua hidupan di darat. 

 

          Apa yang mendukacitakan manusia di dunia kini  ialah penyalahgunaan teknologi moden oleh sesetengah pihak. Pembinaan kilang dan kenderaan bermotor di seluruh dunia menyebabkan udara tercemar dengan gas karbon dioksida yang menyebabkan hujan asid. Bagaimanakah keadaan dunia pada suatu hari nanti jika hujan yang turun adalah hujan asid kesemuanya.

         

             Dengan itu kita perlu sedar bahawa alam walupun dicipta oleh Allah untuk digunakan dan dimanfaatkan oleh manusia bagi mencapai kemajuan, namun mereka mestilah pandai menjaga kepentingannya. Ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan manusia itu sendiri. 

        

Lihat ! kerosakan yang berlaku akibat daripada ketidakseimbangan alam dan kerosakan yang dilakukan oleh manusia.

 

Setelah anda mendengar dan melihat sedutan video ini sila hantarkan maklumbalas anda yang berupa pandangan tentang contoh bencana alam dan apakah iktibar atau pengajaran yang boleh diambil daripadanya.

 

Sila email kepada :avieliza@tm.net.my