HAIWAN

Selain tumbuh-tumbuhan , Allah juga mencipta haiwann. Berjuta-juta haiwan yang berlainan jenis ditemui. Semakin dikaji, semakin banyak jenis haiwan ditemui. Analisa telah mengelaskan haiwan kepada dua bahagian :

              1. Invertebrata ( tidak bertulang belakang) 

                 Contoh : serangga, umpai-umpai, udang, nyamuk

                           2. Vertebrata (bertulang belakang)

               Contoh : ikan, ular, buaya

 

  Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nur ayat 25 yang bermaksud :

Allah menciptakan semua jenis haiwan daripada air. Ada binatang yang berjalan dengan perut, ada yang berjalan dengan dua kaki  dan ada pula yang berjalan dengan empat kaki"

 

Penjelasan ayat : punca kepada kejadian haiwan ialah air. 

 Adakah haiwan yang hidup di dalam air lebih banyak daripada jenis haiwan yang   hidup di darat ?

Kajian sains : haiwan yang sesetengahnya terlalu besar seperti akan paus yang paling besar ialah 95 kaki panjang, berat 150 tan (25 kali ganda berat seekor gajah raksasa  benua Afrika )

Sementara haiwan yang terbesar di darat ialah seekor gajah yang hidup di benua Afrika. Mempunyai ketinggian 10 kaki, telinga selebar 4 kaki  dan berat badannya mencapai sehingga 6 tan dan digelar gajah raksasa. 

Walaupun gajah besar, namun boleh diperhambakan oleh manusia. Didalam sejarah  gajah digunakan untuk pelbagai kepentingan . Pada tahun 657 m Raja Habsyah telah menggunakan gajah untuk menyerang Kota Mekah dan seterusnya meruntuhkan Kaabah. Dan Allah telah merakamkan perintiwa tersebut di dalam surah al-Fiil ( yang bermaksud gajah) 

              "Adakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak tehadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipudaya mereka ( untuk menghancurkan kaabah)  itu sia-sia?. dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Selain gajah unta juga mempunyai ciri-ciri yang unik Allah telah menggesa manusia untuk mengkajinya. Maksud firman Allah dalam surah al-Ghasshiyah :17

          " Mengapa mereka tidak mengkaji bagaimana (uniknya) kejadian unta ?"

 

Al-Quran telah membahagikan binatang kepada beberapa bahagian :

1. An'am : binatang-binatang ternakan

2. Bahimatul-an'am : binatang peliharaan yang boleh dimakan yang melata di bumi.

3. Daabah :semua jenis binatang yag kecil / besar

4. Subu' : binatang-binatang buas termasuk jenis burung seperti helang.

 

Binatang-binatang adalah kurnian Allah kepada manusia daripada yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya, masing-masing menjalankan tugas bagi menstabilkan sistem ekologi atau keseimbangan alam.

 

 

 

 

 

                 PROSES PENDEBUNGAAN

 

                               

              Pendebungaan ialah proses penyatuan sel jantan daripada biji debunga dengan sel telor (betina) dari ovul, bagi menghasilkan buah. Kebanyakan pokok buah-buahan didebungakan oleh serangga seperti  lebah, rama-rama, kumbang, semut dan lain-lain. Pendebungaan melalui serangga hanya berlaku kepada bunga-bunga yang  berwarna terang dan mempunyai ranggi yang besar serta cukup kuat untuk menyangga berat serangga yang melawatnya. Debunga juga melekit.

Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat :22 yang bermaksud 

" untuk proses pendebungaan , Kami mengutuskan angin"

Firman Allah ini adalah untuk membuka ruang kepada kita supaya mengkaji sistem pendebungaan yang terdapat pada bunga-bunga pokok .

 

Melalui kajian didapati :

 

PERTAMA :  Pendebungaan melalui angin berlaku pada bunga-bunga yang rangginya tidak terang serta tidak menarik perhatian serangga. Jenis debunganya pula amat ringan dan kering. Faktor-faktor ini memudahkan debunga-debunga tersebut berpindah ke stigma bunga walaupun tiupan angin berlaku dengan perlahan.

KEDUA :    Terdapat sesetengah bunga yang hanya dilawati oleh oleh jenis serangga yang tertentu sahaja kerana tidak semua jenis serangga menyukai jenis bunga yang sama.

KETIGA :  Pendebungaan secara kacukan pula berlaku kepada bunga yang debunga kurang berpeluang sampai ke stigma disebabkan kedudukan stigmanya yang lebih tinggi daripada stamen seperti jagung, kurma atau bunga lain yang seumpamanya.

 

 

 

 

                                           TIDAKKAH CIRI-CIRI ITU DAPAT 

MEMBUKA AKAL KITA UNTUK TERUS BERFIKIR DAN 

SETERUSNYA BERIMAN KEPADA TUHAN?

 

HUJAN

 

          Air terdiri daripada dua jenis atom. Satu molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Oleh itu ahli-ahli sains telah menentukan rumus kimianya sebagai H2O. Air adalah sangat penting. Semua benda hidup tidak dapat hidup tanpa air. Allah berfirman yang bermaksud :

Allah menciptakan angin dan mengatur pergerakannya sehingga dapat membentuk awan lalu terkumpul di langit dalam berbagai-bagai bentuk. Kemudian awan itu berubah pula menjadi awan mega dan akhirnya menitiskan pula titisan hujan dari celah-celahnya. Apabila Dia mencurahkan hujan ke atas mana-mana kawasan yang dikehendakinya, makhluk di situ pasti gembira.

                                                                 (Surah al-Rum : 48) 

               Tujuan firman Allah  ialah supaya kita mengkaji sistem sejatan itu sendiri. Betapa kompleksnya sistem tersebut. Air apabila bertukar menjadi wap, menjadi sangat ringan. Oleh itu wap itu sentiasa naik ke udara sehingga ke tahap yang tinggi. Sudah menjadi fitrah alam wap air akan terkumpul di tempat yang sejuk.Wap air yang terkumpul itu akan  menyejat  dan terkumpul di sana. Apabila wap air yang terkumpul itu tidak mampu bertahan lama di dalam udara sejuk akibatnya ia akan meluap atau bertukar menjadi titisan air yang halus. Titisan air yang halus itu akan akhirnya berkumpul dalam sekelompok awan yang mengandungi titisan air itu dipaksa oleh arus udara naik ke paras yang lebih tinggi dan lebih sejuk, titisan air menjadi semakin membesar dan berat. Akhirnya udara yang sejuk itu tidak berdaya lagi menampungnya, lalu titisan itu menitik semula ke bumi sebagai hujan.

 

             Allah juga menegaskan bahawa dunia menerima hujan dalam bentuk yang berbeza. Dia menjadikan keadaan sistem semulajadi kitaran air yang tetap. Hujan adalah punca air bersih yang sangat diperlukan semua hidupan di darat. 

 

          Apa yang mendukacitakan manusia di dunia kini  ialah penyalahgunaan teknologi moden oleh sesetengah pihak. Pembinaan kilang dan kenderaan bermotor di seluruh dunia menyebabkan udara tercemar dengan gas karbon dioksida yang menyebabkan hujan asid. Bagaimanakah keadaan dunia pada suatu hari nanti jika hujan yang turun adalah hujan asid kesemuanya.

         

             Dengan itu kita perlu sedar bahawa alam walupun dicipta oleh Allah untuk digunakan dan dimanfaatkan oleh manusia bagi mencapai kemajuan, namun mereka mestilah pandai menjaga kepentingannya. Ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan manusia itu sendiri. 

        

 

         

 

 

 

Lihat ! kerosakan yang berlaku akibat daripaa ketidakseimbangan alam dan kerosakan yang dilakukan oleh manusia