DALIL AQLIYYAH 

 

1. Manusia yang berakal tidak dapat terima hakikat sesuatu itu terjadi dengan sendirinya tanpa pencipta. Contohnya jika tidak dapat menerima sebatang kapur boleh terjadi dengan sendirinya maka tentulah lebih mustahil untuk menerima alam dan isinya  seperti manusia , haiwan dan tuimbuh-tumbuhan terjadi dengan sendirinya. Pasti ada Pencipta iaitu ALLAH

 

 

 

2. Pencipta kepada alam ini mestilah SATU kuasa sahaja. Jika lebih daripada satu pasti akan saling bertanding dan bergaduh hingga boleh menyebabkan alam ini binasa.

 

 

 

3. Pemberian semua rezeki kepada semua makhluk ditetapkan oleh Pencipta. Dia lebih tahu segala keperluan makhluk

 

 

 

4. Allah satu-satunya Pencipta yang mewakili dan mentadbir alam. Semuanya kelihatan teratur rapi, cakrawala tidak berlanggaran, peralihan malam dan siang dengan jitu sekali.

 

 

5. Kajian-kajian sains menunjukkan bahawa kitaran alam dan makhluknya tersusun dengan rapi. Contohnya populasi haiwan terkawal secara tabie dan jika brlaku yang sebaliknya ia akan mengundang kepada bala bencana yang bakal merosakkan alam.

 

        

 

                                            

 

 

APAKAH KESAN AKIDAH TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA 

 

1.Mereka tidak akan berpandangan sempit

2. Membina kemurnian dan kemiliaan jiwa manusia

3. Menimbulkan rasa tawadduk dan qanaah dalam jiwa manusia

4. Mereka tidal mudah berputus asa

5. Melahirkan sifat berani dalam jiwa mukmin

6. Mengangkat darjat insan, sentiasa bersyukur

7. Menjadikan manusia terikat dengan undang-undang Tuhan dan pelihara peraturanNya.

 

                                                                                                                                  

 

                                                                                                                                                                                                                              

                                                                                                                                                                                

 

Hakcipta © 2003 Lailizah Darman