HAIWAN
Selain tumbuh-tumbuhan , Allah
juga mencipta haiwann. Berjuta-juta haiwan yang berlainan jenis ditemui. Semakin
dikaji, semakin banyak jenis haiwan ditemui. Analisa telah mengelaskan haiwan
kepada dua bahagian :
1. Invertebrata ( tidak bertulang belakang)
Contoh : serangga, umpai-umpai, udang, nyamuk
2. Vertebrata (bertulang belakang)
Contoh : ikan, ular, buaya
Firman Allah s.w.t dalam surah
an-Nur ayat 25 yang bermaksud :
Allah
menciptakan semua jenis haiwan daripada air. Ada binatang yang berjalan dengan
perut, ada yang berjalan dengan dua kaki dan ada pula yang berjalan dengan
empat kaki"
Penjelasan ayat : punca kepada
kejadian haiwan ialah air.
Adakah
haiwan yang hidup di dalam air lebih banyak daripada jenis haiwan
yang hidup di darat ?
Kajian sains : haiwan yang
sesetengahnya terlalu besar seperti akan paus yang paling besar ialah 95 kaki
panjang, berat 150 tan (25 kali ganda berat seekor gajah raksasa benua
Afrika )
Sementara haiwan yang terbesar
di darat ialah seekor gajah yang hidup di benua Afrika. Mempunyai ketinggian 10
kaki, telinga selebar 4 kaki dan berat badannya mencapai sehingga 6 tan
dan digelar gajah raksasa.
Walaupun gajah besar, namun
boleh diperhambakan oleh manusia. Didalam sejarah gajah digunakan untuk
pelbagai kepentingan . Pada tahun 657 m Raja Habsyah telah menggunakan gajah
untuk menyerang Kota Mekah dan seterusnya meruntuhkan Kaabah. Dan Allah telah
merakamkan perintiwa tersebut di dalam surah al-Fiil ( yang bermaksud
gajah)
"Adakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak tehadap
tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipudaya mereka ( untuk
menghancurkan kaabah) itu sia-sia?. dan Dia mengirimkan kepada mereka
burung yang berbondong-bondong. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari
tanah yang terbakar. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan
(ulat).
Selain gajah unta juga
mempunyai ciri-ciri yang unik Allah telah menggesa manusia untuk mengkajinya.
Maksud firman Allah dalam surah al-Ghasshiyah :17
" Mengapa mereka tidak mengkaji bagaimana (uniknya) kejadian unta ?"
Al-Quran telah membahagikan
binatang kepada beberapa bahagian :
1.
An'am : binatang-binatang ternakan
2.
Bahimatul-an'am : binatang peliharaan yang boleh dimakan yang melata di
bumi.
3.
Daabah :semua jenis binatang yag kecil / besar
4.
Subu' : binatang-binatang buas termasuk jenis burung seperti helang.
Binatang-binatang adalah
kurnian Allah kepada manusia daripada yang sekecil-kecilnya kepada yang
sebesar-besarnya, masing-masing menjalankan tugas bagi menstabilkan sistem
ekologi atau keseimbangan alam.
PROSES PENDEBUNGAAN
Pendebungaan ialah proses penyatuan sel jantan daripada biji debunga dengan sel
telor (betina) dari ovul, bagi menghasilkan buah. Kebanyakan pokok buah-buahan
didebungakan oleh serangga seperti lebah,
rama-rama, kumbang, semut dan lain-lain. Pendebungaan
melalui serangga hanya berlaku kepada
bunga-bunga yang berwarna terang dan mempunyai ranggi yang besar serta
cukup kuat untuk menyangga berat serangga yang melawatnya. Debunga juga melekit.
Firman Allah dalam surah
al-Hijr ayat :22 yang bermaksud
" untuk
proses pendebungaan , Kami mengutuskan angin"
Firman Allah ini adalah untuk
membuka ruang kepada kita supaya mengkaji sistem pendebungaan yang terdapat pada
bunga-bunga pokok .
Melalui kajian didapati :
PERTAMA :
Pendebungaan melalui
angin berlaku pada bunga-bunga yang rangginya tidak terang serta tidak menarik
perhatian serangga. Jenis debunganya pula amat ringan dan kering. Faktor-faktor
ini memudahkan debunga-debunga tersebut berpindah ke stigma bunga walaupun
tiupan angin berlaku dengan perlahan.
KEDUA :
Terdapat sesetengah
bunga yang hanya dilawati oleh oleh jenis serangga yang tertentu sahaja kerana
tidak semua jenis serangga menyukai jenis bunga yang sama.
KETIGA :
Pendebungaan secara
kacukan pula berlaku kepada bunga yang debunga kurang berpeluang sampai ke
stigma disebabkan kedudukan stigmanya yang lebih tinggi daripada stamen seperti
jagung, kurma atau bunga lain yang seumpamanya.
TIDAKKAH CIRI-CIRI ITU
DAPAT
MEMBUKA AKAL
KITA UNTUK TERUS BERFIKIR DAN
SETERUSNYA
BERIMAN KEPADA TUHAN?
HUJAN
Air terdiri daripada dua jenis atom. Satu molekul
air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Oleh itu ahli-ahli
sains telah menentukan rumus kimianya sebagai H2O.
Air adalah sangat penting. Semua benda hidup tidak dapat hidup tanpa air. Allah
berfirman yang bermaksud :
Allah menciptakan angin dan
mengatur pergerakannya sehingga dapat membentuk awan lalu terkumpul di langit
dalam berbagai-bagai bentuk. Kemudian awan itu berubah pula menjadi awan mega
dan akhirnya menitiskan pula titisan hujan dari celah-celahnya. Apabila Dia
mencurahkan hujan ke atas mana-mana kawasan yang dikehendakinya, makhluk di situ
pasti gembira.
(Surah al-Rum : 48)
Tujuan firman
Allah ialah supaya kita mengkaji sistem sejatan itu sendiri. Betapa
kompleksnya sistem tersebut. Air apabila bertukar menjadi wap, menjadi sangat
ringan. Oleh itu wap itu sentiasa naik ke udara sehingga ke tahap yang tinggi.
Sudah menjadi fitrah alam wap air akan terkumpul di tempat yang sejuk.Wap air
yang terkumpul itu akan menyejat dan terkumpul di sana. Apabila wap
air yang terkumpul itu tidak mampu bertahan lama di dalam udara sejuk akibatnya
ia akan meluap atau bertukar menjadi titisan air yang halus. Titisan air yang
halus itu akan akhirnya berkumpul dalam sekelompok awan yang mengandungi titisan
air itu dipaksa oleh arus udara naik ke paras yang lebih tinggi dan lebih sejuk,
titisan air menjadi semakin membesar dan berat. Akhirnya udara yang sejuk itu
tidak berdaya lagi menampungnya, lalu titisan itu menitik semula ke bumi sebagai
hujan.
Allah juga menegaskan bahawa
dunia menerima hujan dalam bentuk yang berbeza. Dia menjadikan keadaan sistem
semulajadi kitaran air yang tetap. Hujan adalah punca air bersih yang sangat
diperlukan semua hidupan di darat.
Apa yang mendukacitakan
manusia di dunia kini ialah penyalahgunaan teknologi moden oleh sesetengah
pihak. Pembinaan kilang dan kenderaan bermotor di seluruh dunia menyebabkan
udara tercemar dengan gas karbon dioksida yang menyebabkan hujan asid.
Bagaimanakah keadaan dunia pada suatu hari nanti jika hujan yang turun adalah
hujan asid kesemuanya.
Dengan itu kita perlu sedar
bahawa alam walupun dicipta oleh Allah untuk digunakan dan dimanfaatkan oleh
manusia bagi mencapai kemajuan, namun mereka mestilah pandai menjaga
kepentingannya. Ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan manusia itu
sendiri.
Lihat ! kerosakan yang berlaku akibat
daripaa ketidakseimbangan alam dan kerosakan yang dilakukan oleh
manusia |
|