|
CONTOH AL-KISAH BAGAIMANA PRINSIP MENGENAL TUHAN PERTAMA : KISAH FIRAUN
Firaun yang takabbur itu apabila dilambung ombak besar dan meyakini ajalnya akan sampai akhirnya kembali kepada fitrah kejadiannya iaitu ingin kembali beriman kepad Allah s.w.t. Namun penyesalan Firaun telah terlewat kerana telah sampai saat sakaratul maut dimana taubat ketika itu tidak diterima lagi. Allah telah berfirman dalam surah Yunus ayat 90 yang bermaksud : Ertinya : Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu diikuti oleh firaun dan bala tenteranta, kerana hendak menganiya dan menindas (mereka) hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia " saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).
KEDUA : LENIN
Ceritanya ialah bagaimana Lenin yang menjadi pelopor ajaran tidak bertuhan (Atheis) disaat menghadapi sakaratul maut mengulangi rintihannya. Oh Tuhan, aku sakit. Anggota politbiru yang mengelilingi tokoh Komunis itu tercengang dengan apa yang diulangi oleh Lenin kerana ia amat bertentangan dengan ajaran Komunisme
Kedua contoh cerita ini memberikan gambaran kepada kita bahawa fitrah manusia akan kembali jua kepada Tuhannya meskipun mereka secara lantang menyatakan tidak percaya kepada Tuhan
|
Hakcipta © 2003 Lailizah Darman |