Make your own free website on Tripod.com

 

 

2.2 SISTEM EKOLOGI DAN KAITANNYA DENGAN ALAM TUMBUH-TUMBUHAN

 

                 Tumbuh-tumbuhan adalah antara unsur yang paling bagi kehidupan di dunia. Oleh itu ia tumbuh di merata tempat di dunia asalkan boleh mendapat cahaya matahari, air dan udara. Ia tumbuh di dalam laut, di tanah rata, di puncak gunung dan di gurun seperti kawsan Antartika.

 

Firman Allah s.w.t dalam surah Toha ayat 53 yang bermaksud :

                                                                                                                                                                                                                                   " Allah menciptakan bumi terhampar luas untuk kamu. Dia telah menyediakanberbagai-bagai jalan  ( udara, air dan darat ) di bumi ini untuk kamu. Dia juga menurunkan hujan dari langit untuk menumbuhkan berbagai-bagai jenis tumbuhan "         

  

Tujuan ayat ini adalah untuk menyuruh manusia mengkaji kepentingan  tumbuh-tumbuhan dan  memanfaatkannya dengan cara yang paling baik. Setakat ini ahli-ahli sains telah menemui lebih kurang 400 , 000 jenis tumbuhan antaranya 250 000 adalah tumbuhan berbunga

Semua jenis tumbuh-tumbuhan yang telah ditemui disusun dengan teratur daripada peringkat yang paling ringkas kepada peringkat yang paling tinggi sekali kerana ia dapat membantu kita mengenali tumbuhan dengan mudah. Tumbuhan peringkat tinggi melahirkan hutan yang menjadi tunjang kehidupan dunia. Hutan berfungsi menjaga keseimbangan karbon dioksida dan putaran air serta membekalkan oksigen. 

Malaysia mempunyai 55 % kawasan hutan hujan yang lebat lagi subur dan merupakan hutan tertua di dunia. Di dalamnya terdapat kira-kira 8000 jenis pepohon berbungaan, 3000 jenis pohon kayu, 1000 jenis orkid dan 300 jenis palma.                  

                                                   

Hutan adalah nikmat Allah yang paling besar bagi manusia dan merupakan rumah bagi aneka tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang berfungsi menjaga keseimbangan alam.

 Bagaimana pula dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan hujan ? sila klik