Make your own free website on Tripod.com

 

 

PRINSIP SAINS DALAM PENDIDIKAN ISLAM

 

 

  

  

 

 

 

             

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

UNIT 3

 

3.0 PRINSIP MENGENAL DIRI

 

      Perbincangan ini akan merangkumi aspek penciptaan Adam, Hawa dan generasi Adam dan Hawa serta evolusi manusia menurut al-Qur'an dan Barat.

 

        3.1MENGENAL FIZIKAL (JASAD)

         Ia akan menyentuh tentang teori kejadian manusia dengan mengaitkannya dengan teori evolusi untuk dibandingkan dengan keterangan wahyu.Perkataan evolusi merupakan proses yang dilalui oleh semua jenis benda hidup. Orang yang paling awal mengutarakan teori ini ialah Jean Baptiste Lamarck. Menurut Lamarck perkembangan bentuk-bentuk tertentu yang terdapat pada binatang kebanyakannya adalah hasil daripada apa yang terdapat pada kejadian-kejadian sebelumnya.

 

              Berasaskan teori ini, Lamarck mempercayai bahawa sesetengah organ yang terdapat pada binatang dan tidak digunakan akan hilang manakala organ-organ yang digunakan akan dikhususkan untuk sesuatu tugas tertentu sahaja. 

       Contohnya zirafah dahulunya mempunyai leher yang pendek dan memakan daun-daun yang berada di bawah tetapi apabila semua daun yang berada di bawah telah habis, maka zirafah terpaksa memanjangkan lehernya supaya dapat meragut daun yang terletak lebih tinggi. Tabiat itu akhirnya mempengaruhi organ  pada lehernya untuk menjadi lebih panjang. Apabila zirafah moden dilahirkan maka, ia mempunyai leher yang sangat panjang.

 

        Selain Lamarck, seorang ahli biologi yang terkenal iaitu Darwin juga telah mengembangkan  teori evolusi itu dengan lebih lanjut. Teori evolusi Darwin dikenali dengan maksud " pemilihan alam semulajadi". Darwin juga berpendapat semua benda hidup adalah berasal dari jenis-jenis yang terdahulu daripadanya.  Ertinya semua jenis binatang berasal daripada sejenis binatang yang mempunyai satu sel. Untuk hidup semua binatang terpaksa menyesuaikan dirinya dengan alam sekelilingnya.

              Contohnya ikan sebelah , pada asalnya mempunyai kedua-dua belah mata dibahagian yang sama di kepalanya. seperti ikan-ikan lain. Tetapi oleh kerana tabiat ikan  sebelah suka menghabiskan hampir seluruh hayatnya di dasar laut dengan sentiasa berkedudukan sebelah sahaja maka mata dibawahnya menjadi tidak berguna langsung. Untuk menyesuaikan dirinya, kedudukan mata ikan sebelah telah berubah, lalu terletak di sebelah bahagian kepalanya Begitulah juga binatang yang lain.

 

            Bagaimana pula dengan manusia ? Menurut Darwin manusia juga berasal daripada binatang khususnya binatang yang berupa mawas-manusia. Berasaskan teori alam semulajadi dan faktor keserupaan pada fosil yang ditemui , para saintis yang menganut teori evolusi telah menyatakan          " there is not the least doubt as to the fact of evolution." iaitu evolusi iaitu adalah satu fakta yang telah ternyata benar dan tidak boleh diragukan lagi. 

              Walaubagimanapun pendapat Darwin ini telah disangkal dengan sekeras-kerasnya dengan mengemukakan pelbagai hujah di antaranya :

       PERTAMA :  Ia hanyalah satu andaian kerana teori ini tidak boleh dikaji dan dipastikan bila berlaku ( di dalam buku The Origin of species ditulis oleh Darwin)

        KEDUA :  Perubahan mikro yang berlaku adalah terlalu kecil dan amat terbatas malah ia hanya berlaku hanya kepada lingkungan  sesuatu spesies (keluarga) sahaja.

         KETIGA : Daya pergerakan dalam perkembangan evolusi  ialah proses mutasi atau kacukan iaitu sesuatu perubahan mendadak yang sesetengahnya boleh diwariskan kepada keturunanya selepas itu walaupun tiada penyesuaian diri dengan keadaan persekitaran. Contohnya variasi tumbuh-tumbuhan dan binatang ternakan.

         KEEMPAT : Sesetengah fosil yang ditemui tidak menunjukkan perubahan daripada bentuk mudah kepada kompleks 

 

    3.2  EVOLUSI MANUSIA MENURUT WAHYU

 

Dalam usaha memahami konsep evolusi, al-Qur'an mengajar manusia befikir ahulu sebelum membuat kajian. Selain itu setiap kajian mestilah berasaskan paradigma Tauhid

 

    Firman Allah s.w.t dalam surah Yasin  ayat: 82 yang bermaksud :

 

          "(Cuba fikirkan ) adakah Tuhan yang mampu mencipta langit dan bumi itu tidak mampu menghidupkan mereka seperti rupanya yang mula? Sudah pasti. Kerana Dia adalah pencipta yang Maha Mengetahui).(KekuasaanNya adalah mutlak) sehingga kalau Dia hendak menciptakan sesuatu, jika Dia mengatakan "jadilah" nescaya benda itu terus terjadi"

 

Menurut wahyu insan ialah makhluk yang istimewa. Allah menciptanya dalam bentuk yang khusus melalui proses evolusinya sendiri mengikut Sunnatullah. Menurut wahyu asal kejadian manusia ialah tanah. Ini merujuk kepada kisah kejadian Adam a.s. yang dicipta oleh Allah sebagai manusia pertama di dunia.

 

3.3  PERINGKAT KEJADIAN ADAM a.s.

 

     Didalam al-Qur'an terdapat 25 tempat yang menyatakan bahawa nabi Adam a.s. diciptakan dari tanah. Antaranya dalm surah al-Baqarah, Ali Imram, al-Maidah, al-A'raf, al-Isra', al-Kahfi, Maryam,Toha dan Yasin.

        Secara terpeincinya proses kejadian Adam a.s. dihuraikan seperti berikut :

  1.        Peringkat turab (tanah bumi)

Ia bermula dengan peringkat pengumpulan tanah bumi dalam bentuk turab iaitu tanah yang berdebu

Allah menjelaskan proses ini dalam firmanNya yang bermaksud :

 " Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allahadalah seperti penciptaan Adam.Allah menciptakan Adam daripada turab (tanah) kemudian berfirman kepadanya. Jadilah (seorang manusia) jadilah dia."

                                                    (Ali Imran : 59)

  2.          Peringkat tin (tanah liat)

Pada peringkat ini Allah s.w.t menyaringkan debu tanah untuk mendapatkan saripatinya (sulalah min tin ) dimana Allah mengambil satu bahagian yang benar-benar suci dan bersih. Seterusnya pati itu dicampurkan dengan air membentuk tanah liat (tin) atau tanah yang melekat (tin lazib). Di peringkat ini Allah menciptakan Adam dalm bentuk manusia . Lembaga Adam a.s ini kekal selama 40 tahun.

 

 3.      Peringkat hama' masnun ( tanah yang berbau)

Peringkat ini kekal selama 40 tahun.

 

 4.    Peringkat salsal (tanah yang keras)

        Peringkat seterusnya ialah pembentukan struktur tanah yang keras seumpama tembikar (salsal kalfakhar). Peringkat ini juga mengambil masa selama 40 tahun. Oleh itu genaplah proses kejadian Adam a.s selama 120 tahun sebelum peniupan roh oleh Allah s.w.t. Dengan ini peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam proses pembentukan fizikal Adam a.s.

aksud firman Allah s.w.t

          " Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar 

( salsal kalfakhar) "                                                                    al-Rahman :14

 

 5.    Peringkat nafkh al-ruh (peniupan roh )

        Setelah proses di atas selesai maka Allah s.w.t meniupkan roh ke dalam jasad Adam a.s. Dengan peniupan roh ini bererti sempurnalah pembentukan kejadian Adam a.s. samada secara fizikal mahupun spiritual. Dengan itu juga seluruh organ dan sistem tubuhnya berfungsi.

 

3.4 KEJADIAN HAWWA'

 

     Setelah Allah s.w.t menjadikan Adam a.s dalam kejadian yangs empurna, maka ditempatkannya di dalam syurga. Kemudia Allah menciptakan pula pasangan bagi Adam a.s. yang dinamakan Hawwa'. Kisah penceritaannya tidak banyak diceritakan oleh Allah s.w.t kecuali dalm bebrapa tempat sahaja di dalam al-Qur'an. Antaranya dalam surah an-Nisa':(1), al-A'raf :( 189), al-Zumar 96).

Maksud firman Allah s.w.t 

          " Hai sekelian manusia , bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isteinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perrempuan yang banyak".                                                    

                                                           al-Nisa' : (1) 

 

3.4 KEJADIAN BANI ADAM

 

 

            Berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an ternyata jelas bahawa asal kejadian manusia adalah daripada tanah. Menurut kajian sains, tubuh manusia mempunyai unsur-unsur yang sama dengan unsur-unsur  di bumi, namun kadar penyusunan unsur-unsur tanah adalah berbeza. Ia berdasarkan kepada kadar fungsi unsur-unsur tersebut di dalam tubuh manusia.

UNSUR KANDUNGAN / KADAR
oksigen 45 000 gm
hidrogen 8 000 gm
kalsium 1 000 gm
kabrit 175 gm
sodium 105 gm
magnesium 35 gm
kuperam 0.1 gm
karbon 12 000 gm
azote 2000 gm
fosforus 140 gm
klorin 105 gm
ferum 4 gm
iodin 0.03 gm
manggenese 0.02 gm

 

Adakah pemakanan yang anda ambil memenuhi keperluan tubuh badan anda ?

 

PERINGATAN..

Catatan unsur-unsur tersebut hanyalah melibatkan unsur- unsur penting sahaja. Menurut Prof. Dr. Ali Mutawi, Dekan Fakulti Perubatan , Universiti AL-Azhar, semua unsur di dalam bumi mengandungi 92 unsur dan manusia dijadikan daripada semua unsur tersebut. Perpindahan unsur-unsur tersebut adalah melalui makanan samada dari jenis tumbuhan atau binatang sejak dari dalam kandungan sehinggalah manusia meninggal dunia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 BAGAIMANA PULA PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QUR'AN?

Sila klik untuk melihat penjelasannya               

 

LATIHAN DAN REKREASI MINDA 

                                                                                                                                    

 

 

Hakcipta 2003 Lailizah Darman