UNIT 3
3.0 PRINSIP MENGENAL DIRI
Perbincangan ini akan merangkumi aspek penciptaan Adam, Hawa dan generasi
Adam dan Hawa serta evolusi manusia menurut al-Qur'an dan Barat.
3.1MENGENAL FIZIKAL (JASAD)
Ia akan
menyentuh tentang teori kejadian manusia dengan mengaitkannya dengan teori
evolusi untuk dibandingkan dengan keterangan wahyu.Perkataan evolusi
merupakan proses yang dilalui oleh semua jenis benda hidup. Orang yang
paling awal mengutarakan teori ini ialah Jean Baptiste Lamarck. Menurut
Lamarck perkembangan bentuk-bentuk tertentu yang terdapat pada binatang
kebanyakannya adalah hasil daripada apa yang terdapat pada
kejadian-kejadian sebelumnya.
Berasaskan teori ini, Lamarck mempercayai
bahawa sesetengah organ yang terdapat pada binatang dan tidak digunakan
akan hilang manakala organ-organ yang digunakan akan dikhususkan untuk
sesuatu tugas tertentu sahaja.
Contohnya zirafah
dahulunya mempunyai leher yang pendek dan memakan daun-daun yang berada di
bawah tetapi apabila semua daun yang berada di bawah telah habis, maka
zirafah terpaksa memanjangkan lehernya supaya dapat meragut daun yang
terletak lebih tinggi. Tabiat itu akhirnya mempengaruhi organ pada
lehernya untuk menjadi lebih panjang. Apabila zirafah moden dilahirkan
maka, ia mempunyai leher yang sangat panjang.
Selain Lamarck, seorang ahli biologi yang terkenal iaitu
Darwin juga telah mengembangkan teori evolusi itu dengan lebih
lanjut. Teori evolusi Darwin dikenali dengan maksud " pemilihan alam
semulajadi". Darwin juga berpendapat semua benda hidup adalah berasal
dari jenis-jenis yang terdahulu daripadanya. Ertinya semua jenis
binatang berasal daripada sejenis binatang yang mempunyai satu sel. Untuk
hidup semua binatang terpaksa menyesuaikan dirinya dengan alam
sekelilingnya.
Contohnya ikan sebelah , pada asalnya mempunyai kedua-dua belah mata
dibahagian yang sama di kepalanya. seperti ikan-ikan lain. Tetapi oleh
kerana tabiat ikan sebelah suka menghabiskan hampir seluruh hayatnya
di dasar laut dengan sentiasa berkedudukan sebelah sahaja maka mata
dibawahnya menjadi tidak berguna langsung. Untuk menyesuaikan dirinya,
kedudukan mata ikan sebelah telah berubah, lalu terletak di sebelah
bahagian kepalanya Begitulah juga binatang yang lain.
Bagaimana pula dengan manusia ? Menurut Darwin manusia juga berasal
daripada binatang khususnya binatang yang berupa mawas-manusia. Berasaskan
teori alam semulajadi dan faktor keserupaan pada fosil yang ditemui , para
saintis yang menganut teori evolusi telah menyatakan
" there is not
the least doubt as to the fact of evolution." iaitu evolusi iaitu
adalah satu fakta yang telah ternyata benar dan tidak boleh diragukan
lagi.
Walaubagimanapun pendapat Darwin ini telah disangkal dengan
sekeras-kerasnya dengan mengemukakan pelbagai hujah di antaranya :
PERTAMA : Ia hanyalah satu andaian
kerana teori ini tidak boleh dikaji dan dipastikan bila berlaku ( di dalam
buku The Origin of species ditulis oleh Darwin)
KEDUA :
Perubahan mikro yang berlaku adalah terlalu kecil dan amat
terbatas malah ia hanya berlaku hanya kepada lingkungan sesuatu
spesies (keluarga) sahaja.
KETIGA : Daya pergerakan dalam perkembangan evolusi ialah
proses mutasi atau kacukan iaitu sesuatu perubahan mendadak yang
sesetengahnya boleh diwariskan kepada keturunanya selepas itu walaupun
tiada penyesuaian diri dengan keadaan persekitaran. Contohnya variasi
tumbuh-tumbuhan dan binatang ternakan.
KEEMPAT
: Sesetengah fosil yang ditemui tidak menunjukkan perubahan
daripada bentuk mudah kepada kompleks
3.2 EVOLUSI MANUSIA MENURUT WAHYU
Dalam usaha memahami konsep evolusi, al-Qur'an
mengajar manusia befikir ahulu sebelum membuat kajian. Selain itu
setiap kajian mestilah berasaskan paradigma Tauhid
Firman Allah s.w.t dalam surah Yasin ayat: 82
yang bermaksud :
"(Cuba fikirkan ) adakah Tuhan yang mampu mencipta langit dan bumi
itu tidak mampu menghidupkan mereka seperti rupanya yang mula? Sudah
pasti. Kerana Dia adalah pencipta yang Maha Mengetahui).(KekuasaanNya
adalah mutlak) sehingga kalau Dia hendak menciptakan sesuatu, jika Dia
mengatakan "jadilah" nescaya benda itu terus terjadi"
Menurut wahyu insan ialah makhluk yang istimewa. Allah
menciptanya dalam bentuk yang khusus melalui proses evolusinya sendiri
mengikut Sunnatullah. Menurut wahyu asal kejadian manusia ialah tanah.
Ini merujuk kepada kisah kejadian Adam a.s. yang dicipta oleh Allah
sebagai manusia pertama di dunia.
3.3
PERINGKAT KEJADIAN ADAM a.s.
Didalam al-Qur'an terdapat 25 tempat yang menyatakan
bahawa nabi Adam a.s. diciptakan dari tanah. Antaranya dalm surah
al-Baqarah, Ali Imram, al-Maidah, al-A'raf, al-Isra', al-Kahfi,
Maryam,Toha dan Yasin.
Secara terpeincinya proses kejadian Adam a.s. dihuraikan
seperti berikut :
1. Peringkat
turab (tanah bumi)
Ia bermula dengan peringkat pengumpulan
tanah bumi dalam
bentuk turab iaitu tanah yang berdebu
Allah menjelaskan proses ini dalam firmanNya yang
bermaksud :
" Sesungguhnya
perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allahadalah seperti penciptaan
Adam.Allah menciptakan Adam daripada turab (tanah) kemudian berfirman
kepadanya. Jadilah (seorang manusia) jadilah dia."
(Ali Imran : 59)
2. Peringkat tin
(tanah liat)
Pada peringkat ini Allah s.w.t menyaringkan debu tanah
untuk mendapatkan saripatinya (sulalah min tin ) dimana Allah mengambil
satu bahagian yang benar-benar suci dan bersih. Seterusnya pati itu
dicampurkan dengan air membentuk tanah liat (tin) atau tanah yang melekat
(tin lazib). Di peringkat ini Allah menciptakan Adam dalm bentuk manusia .
Lembaga Adam a.s ini kekal selama 40 tahun.
3.
Peringkat hama' masnun ( tanah yang berbau)
Peringkat ini kekal selama 40 tahun.
4.
Peringkat salsal (tanah yang keras)
Peringkat seterusnya ialah pembentukan struktur tanah yang
keras seumpama tembikar (salsal kalfakhar). Peringkat ini juga mengambil
masa selama 40 tahun. Oleh itu genaplah proses kejadian Adam a.s selama 120
tahun sebelum peniupan roh oleh Allah s.w.t. Dengan ini peringkat ini
merupakan peringkat terakhir dalam proses pembentukan fizikal Adam a.s.
aksud firman Allah s.w.t
" Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar
(
salsal kalfakhar)
"
al-Rahman :14
5. Peringkat
nafkh al-ruh (peniupan roh )
Setelah proses di atas selesai maka Allah s.w.t meniupkan
roh ke dalam jasad Adam a.s. Dengan peniupan roh ini bererti sempurnalah
pembentukan kejadian Adam a.s. samada secara fizikal mahupun spiritual.
Dengan itu juga seluruh organ dan sistem tubuhnya berfungsi.
3.4
KEJADIAN HAWWA'
Setelah Allah s.w.t menjadikan Adam a.s dalam kejadian
yangs empurna, maka ditempatkannya di dalam syurga. Kemudia Allah
menciptakan pula pasangan bagi Adam a.s. yang dinamakan Hawwa'. Kisah
penceritaannya tidak banyak diceritakan oleh Allah s.w.t kecuali dalm
bebrapa tempat sahaja di dalam al-Qur'an. Antaranya dalam surah
an-Nisa':(1), al-A'raf :( 189), al-Zumar 96).
Maksud firman Allah s.w.t
" Hai sekelian manusia , bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah
menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah
menciptakan isteinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan
laki-laki dan perrempuan yang banyak".
al-Nisa' : (1)
3.4
KEJADIAN BANI ADAM
Berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an ternyata jelas bahawa asal
kejadian manusia adalah daripada tanah. Menurut kajian sains, tubuh
manusia mempunyai unsur-unsur yang sama dengan unsur-unsur di bumi,
namun kadar penyusunan unsur-unsur tanah adalah berbeza. Ia berdasarkan
kepada kadar fungsi unsur-unsur tersebut di dalam tubuh manusia.
UNSUR |
KANDUNGAN / KADAR |
oksigen |
45 000 gm |
hidrogen |
8 000 gm |
kalsium |
1 000 gm |
kabrit |
175 gm |
sodium |
105 gm |
magnesium |
35 gm |
kuperam |
0.1 gm |
karbon |
12 000 gm |
azote |
2000 gm |
fosforus |
140 gm |
klorin |
105 gm |
ferum |
4 gm |
iodin |
0.03 gm |
manggenese |
0.02 gm |
Adakah pemakanan yang anda
ambil memenuhi keperluan tubuh badan anda ?
PERINGATAN..
Catatan unsur-unsur tersebut
hanyalah melibatkan unsur- unsur penting sahaja. Menurut Prof. Dr. Ali
Mutawi, Dekan Fakulti Perubatan , Universiti AL-Azhar, semua unsur di
dalam bumi mengandungi 92 unsur dan manusia dijadikan daripada semua unsur
tersebut. Perpindahan unsur-unsur tersebut adalah melalui makanan samada
dari jenis tumbuhan atau binatang sejak dari dalam kandungan sehinggalah
manusia meninggal dunia
|